Wednesday, August 10, 2016

RoadtoPhd

Bismillah..dekat lebih setahun aku dah tinggalkan dunia master, sekarang dengan izin Allah aku kembali menjadi pelajar pula..mahasiTua..hehe..dan Allhamdulillah akhirnya Allah memakbulkan doaku, aku tidak lagi berada disekolah, sekarang aku dah di IPG sebagai pegawai pengurusan, bukan sebagai pensyarah..namun, aku sangat bersyukur sebab Allah dah meletakkan aku disini . semoga Aku sentiasa menjadi manusia yang bersyukur padaNYa, walau susah walau senang. terima kasih Allah


Alhamdulillah bulan 9 ini aku akan meneruskan Phd aku di UKM, bagai sirih pulang ke gagang, kembali ke zaman aku study kat ukm masa degree dulu. ah banyak kenangan yang akan muncul dalam hidup aku. saat di hostel, saat makan kat kafe even saat kat PTSL. Kenangan ini akan kembali menyegar dalam ingatan aku. ya Allah, permudahkan urusan ku. Tanpa bantuanMu mana mungkin aku dapat sampai pada tahap ini. Terima kasih buat suami bagi full support kat aku, dan untuk awak, semoga kita dapat sama-sama belajar dan duduk di library sama-sama(dia sekarang pun mahasiTua jgk)..checklist yang perlu aku buat:
+X-RAy
+bayar Yuran
+permission study nGan bos
+persiapan fizikal dan mental

semoga diary maya aku ni akan tetap diupdate supaya aku boleh tengok dan tersenyum bila dah habis nanti..UKM jumpa nanti!!!

Thursday, April 23, 2015

#buntu

konvokesyen bagi master aku belum lagi berlangsung, dengar-dengarnya bulan 10 nanti. Tujuan aku sambung belajar sebab aku nak pegi lebih jauh dalam pekerjaan ie: jadi pensyarah...sekarang, hari-hari aku belek job vacancy yang online punya semata-mata aku nak tengok jawatan kosong as lecturer..tapi peluang aku amat tipis sebab aku hanya ada master saja..semua "U" sekarang mahukan phd holders. Aku memang bercadang nak buat phd(insyaallah), tapi aku kena cari ruang yang sesuai sebab bila aku kat sekolah, banyak sangat penambahan kerja which is aku takut assigment aku nanti tak siap, tesis aku tak jalan..aku risau aku tak boleh bagi komitment pada phd nanti...kalau aku dapat jadi pensyarah, atleast aku ada peluang yang sangat cerah nak sambung belajar tu..aku nak apply HLP, kena tunggu setahun selepas konvo..sedangkan umur aku semakin TUA..semalam dan hari ini aku ada kol beberapa IPG untuk tanyakan kekosongan sebagai pensyarah DG41, tetapi sedihnya hati ini kerana mereka hanya akan ambik pensyarah yang sudah bergred DG44..aku terpaksa tunggu 3 tahun lagi untuk dapatkan DG44 tu..sedihnya rasa hati ini..aku tak mau cita-cita aku terkubur begitu sahaja..seua orang ada cita-cita, aku punyai cita-cita yang sama, ya Allah bantula hambamu yang sentiasa berdosa ini='(

p/s: DONT GIVE UP!!

Sunday, April 5, 2015

-giliran si DIA pula-

sudah lama entry ni berada dalam draf..lupa pula aku nak buat smbungan untuk tajuk ini..selepas habis buat master, kini tiba giliran buat suami tercinta..tangga 17/2/2015(SELASA)suamiku menyambung dalam bidang pendidikan Islam..alhamdulillah, terima kasih Allah membuka hati suami untuk terus berada dalam dunia ilmu..syukur sangat-sangat suami masih bersedia untuk belajar..sayang suami ketat-ketat..

suami sedang berjalan masuk ke dewan untuk mendengar taklimat daripada pensyarah

taklimat didalam dewan

fakulti pendidikan UKM..disinila tempatku bermula..penuh dengan warna warni.bersama teman-temanku..nolly, aini,echah..sya, nadia..rindu korang ='(

sesi berjumpa tutor

salah letak pic..patut yang diatas sekali..hehe

sini juga bilik tutor ku.gerak minda..

semoga abang terus bersemangat, jangan risau Allah sentiasa bersama dan saya akan membantu abang selagi saya mampu..semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat

+convo date+

Assalamualaikum..alhamdulillah..surat yang ditunggu sudah tiba..akhirnya selepas satu tahun terpaksa menunggu untuk grad, perkabaran gembira kunjung jua..SURAT SENAT yang menyatakan aku layak untuk konvo aku dapat juga..alhamdulillah sekali lagi kerana Allah memberikan ruang untuk aku belajar dan terus belajar,suami yang terus menyokong dan keluarga yang terus memberikan kata-kata semangat..

aku sedang berkira-kira samada nak terus sambung Phd atau rehat seketika, namun jauh disudut hati, aku ingin terus sambung..insyaALLAH..doakan teman-teman

Friday, February 13, 2015

-berakhir sudah episod itu-

tanggal 9 feb 2015 akhirnya tamat sudah pengajian aku dalam master of education management, dan alhamdulillah aku telah mendapat keputusan yang sangat mengejutkan, sehingga saat aku melihat markah di skrin komputer, air mata ini mencurah-curah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan, terima kasih suami atas pengorbananmu, terima kasih keluarga atas dorongan dan semangat dan terima kasih Supervisorku yang sangat-sangat baik!Alhamdulillah Allah takdirkan aku dibawah penyeliaannya yang banyak memberikan tunjuk ajar buatku. Beliau ibarat seorang ayah yang sentiasa mmberikan kata-kata semangat buat anaknya.Allahurabbi, nikmat mana yang dapat aku dustakan lagi, dengan markah laporan penyelidikan yang aku perolehi ini, hati dan jiwa meronta-ronta untuk aku meneruskan niat untuk membuat PHD, namun ia bukan semudah ABC. Aku berharap agar aku dapat bertukar jawatan kepada pensyarah bagi membolehkan aku meneruskan cita-cita ini. Ya Allah bantulah aku..

insyaallah biiznillah

Wednesday, January 28, 2015

tahun 2015

nampak gaya, penulisan di blog sekadar melepaskan batuk ditangga jela..terlalu bizi dengan kerja-kerja seharian membantutkan aku untuk menjadi seorang blogger tegar...aku dah mula berjinak dengan dunia bisness pulak..jual jubah sikit-sikit..jadi vendour kat satu butik di kelantan, semoga ada rezeki ku disana..

insyaallah melancong di sini bulan september ni ameen

Monday, October 13, 2014

MESIN JAHIT GLOBAL 505

kita lupakan kisah sedih tak dapat konvo..kita teruskan dengan cerita gembira plak. Salah satu hobi aku selain memasak dan mem'baking' cake adalah menjahit!..ye menjahit..sebenarnya aku sangat cerewit bila hantar baju kat tailor..setiap kali baju siap mesti aku rasa tak selesa..kadang ketatla,kadang besar sangat..last-last aku terus tak hantar. sekarang aku banyak beli baju yang dah siap terutama jubah..ye aku memang penggemar jubah terutama yang A-cut..minat menjahit nie dah lama ada. awal tahun ini aku ada masuk kelas area bangi, tapi sayang, satu pun aku tak faham..maybe cikgu yang ajar mungkin ingat kami semua dah ada basic menjahit sedangkan yang hadir semua buta menjahit..nasib murah je m50. ingat nak masuk lagi satu kelas, kelas nie student tak ramai, just dua orang je tapi mesti weekend je ada hal. last-last sekarang aku masih lagi tak pandai mejahit =____=. namun, minat menjahit tetaplah tebal dalam jiwa. dek kerana aku gila sangat nak menjahit, aku usha dulu mesin jahit kat AEON big..cari yang paling murah sebab aku tak pandai lagi just nk bagi roh menjahit tu ada je..survey-survey paling murah pun rm300++..tapi stock plak xde..hurmmmm..nak dijadikan cerita, tertayanglah iklan kat FB aku..iklan mesin jahit GLOBAL 505 rm 159 kat LAZADA..caya lah murah sangat dah tu sebab bajet aku 300 kan..alhamdulillah aku terus klik dan akhirnyaaaaa tercapailah impian aku nak memiliki mesin jahit

mesin jahit saya

terima kasih tuhan memakbulkan impian saya..cuma mesin jahit tepi belum ada lagi..next.nak usha pulak tempat belajar menjahit..ameeenn