Monday, February 13, 2012

13/02/2012+ tak payah sindir-sindir!

aku sedar aku bukanlah wanita yang sempurna dimata mereka-mereka..cukupla yang aku katakan selagi aku menutup aurat,pakaian aku tidak menjolok mata dan aku tidak menampakkan perhiasan dileher-leherku dan tudungku dibawah dada sudah cukup untuk aku menutup aurat ku..tadi hati sangat sedih dengan sindiran seorang senior yang pemakaian nya cukup sempurna,dengan bertudung labuh sampai ke pusat..sempurna!namun kesempurnaan pemakaian bukan tiket mudah untuk ke syurga..ya!memang menutup aurat adalah WAJIB..sebagaimana dalil ini:

  Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

dalam dalil-dalil telah jelas bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan..dan tudung yang dipakai mestilah labuh melebihi dada..
perlu diingatkan sekali lagi bahawa menutup aurat ialah keWAJIBAN...barangsiapa yang tidak menutup aurat maka akan menempah tiket ke neraka...


cara pemakaian aku biasa-biasa saja,namun Allhamdulillah masih lagi aku dapat menjaga batas-batas aurat aku,tudungku tidak lah sampai ke  lutut ,tudung yang ku pakai melebihi dada dan semestinya menutup dadaku..namun,manusia kesalahan gajah didepan mata tidak nampak,kesalahan kecik dan yang tidak sepatutnya dijadikan isu menjadi isu yang sangat besar.
Allahuakbar,aku diuji!!diuji dengan seorang manusia yang sangat aku respek,menilai aku melalui tudung aku yang dikatakan singkat!padahal sudah dia tahu bahawa tudungku sudah melepasi apa yang dituntut oleh syarak...katanya aku sebagai seorang yang bergelar guru agama harus memakai tudung yang labuh,bia orang respek nanti..ia..cuba fahami ayatnya..bia orang respek????awak hanya mahu manusia yang menghormati awak????bukankah kita menutup aurat  kerana ALLAH..jadi selama ini pemakaian tudungnya hanyalah untuk penghormatan dari manusia saja???tiba-tiba aku rasa seakan-akan panas,menggeletar..aku yang hepi pagi tadi sudah bertukar 360 darjah..aku jadi celaru..beriya-ia dia mengutuk aku..aku menjawab kita jangan terlalu menjadi HIPOKRIT..dannnnnnnnnnnnnn yang penting aku telah mengatakan padanya bahawa ingin ku jelaskan bahawa Kedudukan orang yang bertakwa sangat mulia di sisi Allah. Allah swt tidak menjadikan rupa paras,pakaian atau harta dan kedudukan sebagai kayu pengukur kepada penilaian kemuliaan seseorang manusia, sebaliknya menjadikan ketakwaaan seseorang sebagai ukuran..
firman ALLAH:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan takwa ialah sebaik-baik pakaian untukmu” (Al-Araf : 26)

aku respek dia sebagai senior aku,pemakaian Islamik dengan bertudung labuh..namun dia telah mencemari pemakaiannya dengan mulut yang diibaratkan seperti orang yang tidak mengajar agama...kenapa aku cakap macam tu??kerana mulut nya, seorang kakak yang mulia hatinya difitnah,kerana mulutnya habis dia melaga-lagakan orang,kerana mulutnya,habis dibuka segala keaiban termasuk keaiban keluarga sendiri!kerana akhlaknya habis barang-barang dicampak ketika marah.!!ini kah sifat sebenar seorang yang bertudung labuh???tidak,orang lain bertudung labuh namun hati mereka sangat mulia..alangkah indahnya andai pemakaian yang indah menutup aurat dihiasi dengan akhlak dan ketakwaan kepada ALLAH s.w.t...macam kawan kat U dulu,pakaian yang baik dan akhlak yang baik..alhamdulillah
tapi kenapa kakak senior tidak boleh?sebab dalam hati kakak senior penuh dengan hasad dengki dan iri hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain..kakak senior kena ingat ya!! bahawa:

benarlah firman ALLAH:

“Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang bertakwa.” (Al-Taubah : 7)


 Firman Allah swt :“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)




buat kakak seniorku ingatlah jika kita tidak menjaga aib orang ALLAH akan membuka aib kita nanti..jika kita menjaga akhlak kita ,saya pasti kakak akan tenang je,tidak selalu stress. semoga diriku dan dirinya akan lebih berubah kearah yang diredhai ALLAH...cuma harapanku agar dirinya cepat-cepat  tersedar sebelum terlambat  kerana sudah jauh tersasar dari landasan yang sebenar sebagai seorang murrabbi di dunia ini..ameeenn

No comments: