Wednesday, June 13, 2012

13/06/2012+last payper sem 1 2012+

Alhamdulillah,dengan izin dan kurniaNYA,aku telah menghabiskan sem 1 bagi pengajian aku..tadi merupakan last paper bagi subjek organisasi dan pentadbiran pendidikan..Alhamdulillah aku dan sahabat dapat menjawab dengan sempurna..dan berdoa kepada ALLAH agar mendapat markah yang terbaik..
Sem ini aku hanya mengambil dua subjek sahaja iaitu teori pendidikan dan organisasi pendidikan..sebabnya aku takut tak sempat nak menyiapkan assgment yang agak banyak,tak pe,kayuh perlahan-lahan..bukankah ilmu itu untuk diamalkan?jadi tidak perlula memaksa untuk ambik banyak-banyak subjek semata-mata nak grad cepat..lagipun aku juga mengajar,takut nanti aku mengabaikan tanggungjawab yang Allah kurnia pada aku..
cuma tadi ada sedikit masalah..exam stat jam 9.00 pagi,namun aku dan sahabat sampai jam 9.25 pagi..YA Allah dugaan jem!Dr dah call bagitahu jika terlambat setengah jam kami tak akan dapat menjawab exam tersebut.namun kuasa Allahlah yang mengatasi segala-gala,saat jem yang memuncak,Allah permudahkan kami dengan membuka laluan..benarlah,apa-apa hal bersandarlah kepada Allah..Dia yang memudahkan semuaNYA..dan sebelum jam 9.30 kami selamat mendarat didalam kelas dan menjawab exam seperti biasa dan dapat menyiapkan sebelum masa yang diberi..Syukur Ya ALLAH..ALLAHUAKBAR,Dialah yang Maha Besar yang mengatur segala kegiatan hambaNYA..bukan  ditangan Doktor,bukan Professor..oleh itu,berserahkanlah kepada ALLAH...
Tiada Tuhan Melainkan ALLAH..Dia Maha penyayang kepada hambaNYA..

pic adalah google..
selamat malam muslimah diluar sana..smoga kita sentiasa istiqamah dengan apa yang kita lakukan..insYALLAH

2 comments:

A.I said...

Alhamdullilah :) semoga semua yg terbaik utk yayayuyu...

yayayuyu said...

hehe sori kak baru baca..thks 4 ur doa...=)