Monday, June 11, 2012

+11/06/2012+S.A.H.A.B.A.T

Alhamdulillah,Allah masih lagi bagi kesempatan buat aku untuk bernafas dimuka bumi ini...syukur,dengan limpah yang dianugerahkan,aku masih dapat makan,minum dan melakukan aktiviti yang biasa aku lakukan..
sahabat@kawan,dalam hidup ini,semua orang ada sahabat masing,masing..ada sahabat yang baik,dan tidak kurang yang suka menikam dari belakang..masa aku belajar,aku dikelilingi oleh sahabat yang cintakan akhirat melebihi dunia.mereka gemar ajak aku ke masjid solat terawih,buka puasa dimasjid,taaruf dan pernah sekali kami bersama-sama membaca tafsir diputrajaya..aku rindukan saat itu,hati yang keruh lama-lama akan jadi jernih..begitulah pentingnya bersahabat.alhamdulillah,dialam pekerjaan aku juga ada sahabat,tapi untuk mencari sahabat seperti dulu mungkin agak sukar,sama-sama mengajak ke arah kebaikan walau ketika itu aku kurang menghargainya.nah!!sekarang barula rasa penyesalan itu..

aku sangat teringinkan sahabat yang mampu mengajak aku kearah mencintai akhirat lebih dari dunia,sahabat yang zuhud,perwatakan yang sederhana dan tidak terlalu mengejar glamor semata-,mata..YA Allah kurniakan daku Sahabat seperti itu.sahabat seperti Abu BAkar,Umar,Uthman,Ali..subhanallah!!kecintaan mereka kpd akhirat hinggakan mereka tidak terlalu peduli dengan dunia..

aku tahu,aku bukan insan yang sempurna,tapi jiwa aku lebih sesuai bersahabat dengan mereka seperti itu..aku rasa sangat tenang,damai kerana tidak perlu iri hati dengan mereka yang suka berlebih-lebihan mencintai dunia...bila aku mulai lalai mereka akan cepat-cepat sedarkan aku..ya Tuhan,aku memohon sangat-sangat...

sekarang,bila dah bekerja,tiada lagi erti sahabat..mungkin aku boleh gelarkan sebagai rakan kerja sahaja..kami masih lagi sama-sama menangis,kami masih lagi sma-sama ketawa,tapi untuk hal dunia sahaja..bukan itu yang aku perlukan,aku perlukan sahabat yang membuatkan aku menangis tentang hal akhirat,hal kematian,kebangkitan..itu yang jiwa aku perlukan..selama ini aku banyak lalai,aku banyak leka,namun,Allah datangkan kesedaran buat aku setelah aku melayari bahtera rumah tangga..alhamdulillah..namun hati ini masih rindu untuk bersahabat...

YA Allah,kurniakan sahabat buat aku..sahabat yang mencintai akhirat lebih daripada dunia..aku pohon ya Allah...jauhkan aku dari sahabat yang  terlalu mengejar kemewahan dunia yang ntah bila akan ada puasnya,yang akan membawa aku kepada kehancuran,yang akan menjadikan aku seorang yang iri hati akibat sifat kemewahan yang dia perolehi..jauhkan aku ya Allah daripada sifat tersebut..sedarkan rakan ku yang mana mereka lalai kpdMU..maafkan hambaMu ini ya ALLAH...

salam ukhuwah buat tema blog.
 syukran buat sahabat blog..yang sudi berkawan dengan diri ini..smoga persahabatan kita kekal hingga syurga Firdaus..ameen ya Allah

No comments: