Friday, June 8, 2012

+8/05/2012+alhamdulillah

alhamdulillah,Allah masih lagi memberi keizinan untuk aku menulis dalam blog ini..disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan,aku terpaksa sekejap untuk privt blog aku nie..dan sekarang aku kembali balik..sebab aku terlalu rindu untuk menulis..hehe
sekarang genapla 9 bulan perkahwinan aku..alhamdulillah,kehidupan yang dilalui sangat bahagia walau ada juga sesekali badai yang melanda..namun,setiap anak adam xkan terlepas daripada melakukan kesilapan,kerana dengan kesilapan itu akan mematangkan lagi sesuatu perhubungan..insyALLAH...
bila balik kekampung semua asyik bertanya adakah aku sudah berbadan dua?yela sebab bagi mereka aku sudah agak lama mendirikan rumah tangga,namun aku hanya tersenyum dan menjawab belum ada rezeki..biasala manusia,bila belum berkahwin mereka akan bertanya bilamahu kawen,bila dah kawen,mereka akan tanya bila nak ada anak,dan bila dah ada anak mereka akan bertanya bila mau tambah lagi.inilah asam garam hidup yang perlu kita lalui sehingga nyawa sudah tiada dibadan.anggaplah persoalan tersebuat sebagai komunikasi yang bagus antara kita dengan orang lain,jangan anggap ia sebagai suatu tekanan kerana akan meyebabkan kita dalam kemurungan dan stress.
aku terbaca dalam solusi isu yang ke 43 yang mana tajuk berkaitan dengan qadar ALLAH..penulis membawakan maksud dari surah al-Syura 42:49-50 yang mana Allah telah berfirman"bagi Allah jualah kerajaan langit dan bumi. DIA menciptakan apa-apa yang dikehendaki-Nya.Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberikan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. atau Dia menganugerahkan kedua-duanya iaitu lelaki dan perempuan(kepada sesiapa yang dikehendakiNya)dan dia menjadikan mandul sesiapa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana..
berdasarkan ayat tersebut,kita sebagai manusia jangan terlalu mempersoal kan kenapa Allah lambat bagi kita anak atau apa sahaja,kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui..sebagai hamba,jika kawan kita atau sesiapa sahaja yang lambat boleh baby tugas kita berdoalah kepada Allah agar mengurniakan rezeki anak kepada kawan kita itu..jangan kita asyik persoalkan kenapa sudah lama kawen masih tidak mengandung lagi,kerana semua itu urusan ALLAH..kita mempersoalkan perkara tersebuat bererti kita mempersoalkan perbuatan ALLAH.mungkin Allah lambat bagi rezeki baby sebab Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik lagi.Allah turunkan kilat dan hujan kepada kita sebab Allah nak bagi pelangi yang amat indah sekali buat kita. jadi berdoalah kepadaNYA,lagipun berdoa bukan susahkan?dan xmggunakan duit sedikitpun.malah Dia yang akan memberikan ganjaran yang lagi besar buat hambaNya.

No comments: