Tuesday, September 30, 2014

setelah 6 semesta

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah pengajian peringkat master ku..syukur sangat..tesis sudah settle dan insyaallah naik cuti raya haji nak submit dekat fakulti..sepanjang tempoh pengajian, banyak sangat cabaran dan dugaan. kadang-kadang rasa give up sebab kena tumpukan pada study at the same time, aku kena mengajar kat sekolah. Tapi semua itu aku anggap sebagai satu dugaan untuk mencekalkan hati aku

well, lepas je siap thesis semua, rasa macam nak tido setahun!penangan tak cukup tido masa buat tesis sangat memberikan cabaran buat aku..suami, aku tak sempat tanya makan ke tidak..haha ampunkan saya abang..sekarang hidup lebih teratur dannnnnn lebih banyak masa aku dengan suami..insyaallah tahun hadapan turn dia pulak buat master.tengah berkira-kira kos apa yang sesuai bagi jiwa seorang guru. aku tengok en suami lebih suka bidang dakwah..tak pe yang itu kita pikirkan lagi..

emm sebenarnya, aku agak kecewa dengan pengurusan fakulti aku..kalau tidak tahun ini aku dah dapat konvo! tapi disebabkan segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri, aku terpaksa menyerah kalah. sepatutnya tarikh akhir bagi short sem yang aku tengok dilaman web adalah 22/8..tetapi, fakulti aku tanpa memberi notis awal suka-suka hati dan tak memaklumkan mengenai tarikh akhir hantar tesis adalah 4/8 tetapi hanya ditampal di board fakulti sahaja..sedih Allah sahaja yang tahu, hingga aku menitiskan air mata..sepatutnya, pihak fakulti(terutama bahagian admin)maklumkan dalam email atau web..bukankah sistem pemarkahan juga dipaparkan didalam web?

tesis aku siap tepat-tepat 20/8 namun, apabila dihantar kepada pihak pengurusan dibawah, mereka mati-matian tidak mahu menerima..sudahnya, aku kena mendaftar balik dan terpaksa membayar RM1621 sedangkan aku dah complete dan dah siap jilidkan tesis..sedihh..tak apa aku anggap semua yang berlaku ada hikmah..namun aku berharap, pihak pengurusan fakulti pendidikan,cubalah kasihankan kami yang terpaksa membayar for nothing..

perancangan Allah lebih baik buat aku..yang penting 'redha' itu lah yang paling utama..kita dah cuba yang terbaik, Allah yang menentukan segala-gala. aku pujuk hati, tesis aku hanyalah ujian sahaja. moral yang aku dapat daripada kes ini adalah, cukuplah pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah bukan pada manusia..kita masih boleh sedih lagi sekarang jika tesis tak dapat submit, namun bagaimana pula dengan bekalan kita ke sana?jika kosong, maka tiada harapan untuk kita kembali ke dunia..

teringat kenangan KONVO 5 tahun yang lalu..alhamdulillah









2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

congrats sbb b'jaya redah dugaan besar tu. in shaa allah.. hikmah pasti ade..

yayayuyu said...

insyaALLAH kak..semoga ada sinar dihadapan..=)