Wednesday, August 10, 2016

RoadtoPhd

Bismillah..dekat lebih setahun aku dah tinggalkan dunia master, sekarang dengan izin Allah aku kembali menjadi pelajar pula..mahasiTua..hehe..dan Allhamdulillah akhirnya Allah memakbulkan doaku, aku tidak lagi berada disekolah, sekarang aku dah di IPG sebagai pegawai pengurusan, bukan sebagai pensyarah..namun, aku sangat bersyukur sebab Allah dah meletakkan aku disini . semoga Aku sentiasa menjadi manusia yang bersyukur padaNYa, walau susah walau senang. terima kasih Allah


Alhamdulillah bulan 9 ini aku akan meneruskan Phd aku di UKM, bagai sirih pulang ke gagang, kembali ke zaman aku study kat ukm masa degree dulu. ah banyak kenangan yang akan muncul dalam hidup aku. saat di hostel, saat makan kat kafe even saat kat PTSL. Kenangan ini akan kembali menyegar dalam ingatan aku. ya Allah, permudahkan urusan ku. Tanpa bantuanMu mana mungkin aku dapat sampai pada tahap ini. Terima kasih buat suami bagi full support kat aku, dan untuk awak, semoga kita dapat sama-sama belajar dan duduk di library sama-sama(dia sekarang pun mahasiTua jgk)..checklist yang perlu aku buat:
+X-RAy
+bayar Yuran
+permission study nGan bos
+persiapan fizikal dan mental

semoga diary maya aku ni akan tetap diupdate supaya aku boleh tengok dan tersenyum bila dah habis nanti..UKM jumpa nanti!!!

Thursday, April 23, 2015

#buntu

konvokesyen bagi master aku belum lagi berlangsung, dengar-dengarnya bulan 10 nanti. Tujuan aku sambung belajar sebab aku nak pegi lebih jauh dalam pekerjaan ie: jadi pensyarah...sekarang, hari-hari aku belek job vacancy yang online punya semata-mata aku nak tengok jawatan kosong as lecturer..tapi peluang aku amat tipis sebab aku hanya ada master saja..semua "U" sekarang mahukan phd holders. Aku memang bercadang nak buat phd(insyaallah), tapi aku kena cari ruang yang sesuai sebab bila aku kat sekolah, banyak sangat penambahan kerja which is aku takut assigment aku nanti tak siap, tesis aku tak jalan..aku risau aku tak boleh bagi komitment pada phd nanti...kalau aku dapat jadi pensyarah, atleast aku ada peluang yang sangat cerah nak sambung belajar tu..aku nak apply HLP, kena tunggu setahun selepas konvo..sedangkan umur aku semakin TUA..semalam dan hari ini aku ada kol beberapa IPG untuk tanyakan kekosongan sebagai pensyarah DG41, tetapi sedihnya hati ini kerana mereka hanya akan ambik pensyarah yang sudah bergred DG44..aku terpaksa tunggu 3 tahun lagi untuk dapatkan DG44 tu..sedihnya rasa hati ini..aku tak mau cita-cita aku terkubur begitu sahaja..seua orang ada cita-cita, aku punyai cita-cita yang sama, ya Allah bantula hambamu yang sentiasa berdosa ini='(

p/s: DONT GIVE UP!!

Sunday, April 5, 2015

-giliran si DIA pula-

sudah lama entry ni berada dalam draf..lupa pula aku nak buat smbungan untuk tajuk ini..selepas habis buat master, kini tiba giliran buat suami tercinta..tangga 17/2/2015(SELASA)suamiku menyambung dalam bidang pendidikan Islam..alhamdulillah, terima kasih Allah membuka hati suami untuk terus berada dalam dunia ilmu..syukur sangat-sangat suami masih bersedia untuk belajar..sayang suami ketat-ketat..

suami sedang berjalan masuk ke dewan untuk mendengar taklimat daripada pensyarah

taklimat didalam dewan

fakulti pendidikan UKM..disinila tempatku bermula..penuh dengan warna warni.bersama teman-temanku..nolly, aini,echah..sya, nadia..rindu korang ='(

sesi berjumpa tutor

salah letak pic..patut yang diatas sekali..hehe

sini juga bilik tutor ku.gerak minda..

semoga abang terus bersemangat, jangan risau Allah sentiasa bersama dan saya akan membantu abang selagi saya mampu..semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat

+convo date+

Assalamualaikum..alhamdulillah..surat yang ditunggu sudah tiba..akhirnya selepas satu tahun terpaksa menunggu untuk grad, perkabaran gembira kunjung jua..SURAT SENAT yang menyatakan aku layak untuk konvo aku dapat juga..alhamdulillah sekali lagi kerana Allah memberikan ruang untuk aku belajar dan terus belajar,suami yang terus menyokong dan keluarga yang terus memberikan kata-kata semangat..

aku sedang berkira-kira samada nak terus sambung Phd atau rehat seketika, namun jauh disudut hati, aku ingin terus sambung..insyaALLAH..doakan teman-teman

Friday, February 13, 2015

-berakhir sudah episod itu-

tanggal 9 feb 2015 akhirnya tamat sudah pengajian aku dalam master of education management, dan alhamdulillah aku telah mendapat keputusan yang sangat mengejutkan, sehingga saat aku melihat markah di skrin komputer, air mata ini mencurah-curah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan, terima kasih suami atas pengorbananmu, terima kasih keluarga atas dorongan dan semangat dan terima kasih Supervisorku yang sangat-sangat baik!Alhamdulillah Allah takdirkan aku dibawah penyeliaannya yang banyak memberikan tunjuk ajar buatku. Beliau ibarat seorang ayah yang sentiasa mmberikan kata-kata semangat buat anaknya.Allahurabbi, nikmat mana yang dapat aku dustakan lagi, dengan markah laporan penyelidikan yang aku perolehi ini, hati dan jiwa meronta-ronta untuk aku meneruskan niat untuk membuat PHD, namun ia bukan semudah ABC. Aku berharap agar aku dapat bertukar jawatan kepada pensyarah bagi membolehkan aku meneruskan cita-cita ini. Ya Allah bantulah aku..

insyaallah biiznillah

Wednesday, January 28, 2015

tahun 2015

nampak gaya, penulisan di blog sekadar melepaskan batuk ditangga jela..terlalu bizi dengan kerja-kerja seharian membantutkan aku untuk menjadi seorang blogger tegar...aku dah mula berjinak dengan dunia bisness pulak..jual jubah sikit-sikit..jadi vendour kat satu butik di kelantan, semoga ada rezeki ku disana..

insyaallah melancong di sini bulan september ni ameen

Monday, October 13, 2014

MESIN JAHIT GLOBAL 505

kita lupakan kisah sedih tak dapat konvo..kita teruskan dengan cerita gembira plak. Salah satu hobi aku selain memasak dan mem'baking' cake adalah menjahit!..ye menjahit..sebenarnya aku sangat cerewit bila hantar baju kat tailor..setiap kali baju siap mesti aku rasa tak selesa..kadang ketatla,kadang besar sangat..last-last aku terus tak hantar. sekarang aku banyak beli baju yang dah siap terutama jubah..ye aku memang penggemar jubah terutama yang A-cut..minat menjahit nie dah lama ada. awal tahun ini aku ada masuk kelas area bangi, tapi sayang, satu pun aku tak faham..maybe cikgu yang ajar mungkin ingat kami semua dah ada basic menjahit sedangkan yang hadir semua buta menjahit..nasib murah je m50. ingat nak masuk lagi satu kelas, kelas nie student tak ramai, just dua orang je tapi mesti weekend je ada hal. last-last sekarang aku masih lagi tak pandai mejahit =____=. namun, minat menjahit tetaplah tebal dalam jiwa. dek kerana aku gila sangat nak menjahit, aku usha dulu mesin jahit kat AEON big..cari yang paling murah sebab aku tak pandai lagi just nk bagi roh menjahit tu ada je..survey-survey paling murah pun rm300++..tapi stock plak xde..hurmmmm..nak dijadikan cerita, tertayanglah iklan kat FB aku..iklan mesin jahit GLOBAL 505 rm 159 kat LAZADA..caya lah murah sangat dah tu sebab bajet aku 300 kan..alhamdulillah aku terus klik dan akhirnyaaaaa tercapailah impian aku nak memiliki mesin jahit

mesin jahit saya

terima kasih tuhan memakbulkan impian saya..cuma mesin jahit tepi belum ada lagi..next.nak usha pulak tempat belajar menjahit..ameeenn

Tuesday, September 30, 2014

setelah 6 semesta

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah pengajian peringkat master ku..syukur sangat..tesis sudah settle dan insyaallah naik cuti raya haji nak submit dekat fakulti..sepanjang tempoh pengajian, banyak sangat cabaran dan dugaan. kadang-kadang rasa give up sebab kena tumpukan pada study at the same time, aku kena mengajar kat sekolah. Tapi semua itu aku anggap sebagai satu dugaan untuk mencekalkan hati aku

well, lepas je siap thesis semua, rasa macam nak tido setahun!penangan tak cukup tido masa buat tesis sangat memberikan cabaran buat aku..suami, aku tak sempat tanya makan ke tidak..haha ampunkan saya abang..sekarang hidup lebih teratur dannnnnn lebih banyak masa aku dengan suami..insyaallah tahun hadapan turn dia pulak buat master.tengah berkira-kira kos apa yang sesuai bagi jiwa seorang guru. aku tengok en suami lebih suka bidang dakwah..tak pe yang itu kita pikirkan lagi..

emm sebenarnya, aku agak kecewa dengan pengurusan fakulti aku..kalau tidak tahun ini aku dah dapat konvo! tapi disebabkan segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri, aku terpaksa menyerah kalah. sepatutnya tarikh akhir bagi short sem yang aku tengok dilaman web adalah 22/8..tetapi, fakulti aku tanpa memberi notis awal suka-suka hati dan tak memaklumkan mengenai tarikh akhir hantar tesis adalah 4/8 tetapi hanya ditampal di board fakulti sahaja..sedih Allah sahaja yang tahu, hingga aku menitiskan air mata..sepatutnya, pihak fakulti(terutama bahagian admin)maklumkan dalam email atau web..bukankah sistem pemarkahan juga dipaparkan didalam web?

tesis aku siap tepat-tepat 20/8 namun, apabila dihantar kepada pihak pengurusan dibawah, mereka mati-matian tidak mahu menerima..sudahnya, aku kena mendaftar balik dan terpaksa membayar RM1621 sedangkan aku dah complete dan dah siap jilidkan tesis..sedihh..tak apa aku anggap semua yang berlaku ada hikmah..namun aku berharap, pihak pengurusan fakulti pendidikan,cubalah kasihankan kami yang terpaksa membayar for nothing..

perancangan Allah lebih baik buat aku..yang penting 'redha' itu lah yang paling utama..kita dah cuba yang terbaik, Allah yang menentukan segala-gala. aku pujuk hati, tesis aku hanyalah ujian sahaja. moral yang aku dapat daripada kes ini adalah, cukuplah pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah bukan pada manusia..kita masih boleh sedih lagi sekarang jika tesis tak dapat submit, namun bagaimana pula dengan bekalan kita ke sana?jika kosong, maka tiada harapan untuk kita kembali ke dunia..

teringat kenangan KONVO 5 tahun yang lalu..alhamdulillah









Tuesday, November 26, 2013

british council registration 1st step

Assalamualaikum..ceecececeh..tajuk macamkan gempak..sebenarnya, aku punya BI sangatla kurang powernya.aku faham apa orang cakap,tapi nak balas balik tu makaih kena susun ayat betul-betul..setakat yes,no alright tu voley la..so setelah aku search tenet, tny student2 aku..the best place to learn english is BRITISH COUNCIL..maafkan saya andai BI saya probs,sbb saya bru je daftar..hehe.sebenarnya, aku tulis nie sbb aku nak jadikan rujukan perkembangan BI aku nanti..senang aku nk tengok level aku dah tahap mana..selain tu, kot-kot nanti ada yang nak join BC nie leh godek-godek blok nie sbgai rujukan.




tadi aku g ngn husbnd kat BC office area KLCC..mula-mula tanya macamana nk daftar kan..so bro tu bagi 1 borang kn isi dulu borang tu...which is borang tu lebih kepada personal information..siap isi anta balik kat meja registration tu dia akan tanya kita
  • nak buat bila placement test?
so aku keriru aku cakapla buat arinila..dia cakap arini xboleh yela kau baru je dtg tup2 nak buat exam tu dah..relax bro,bagi BC buat soalan tok ko dulu..hiks..s insyaALLAH esok pagi jam 9.00 aku akan menduduki
  •  Placement test
 sebenarnya ia lebih kepada nak lihat brapa score kita,n kefahaman kita lam BI nie.so nanti dia akan letakkan kita mana2 kelas yang sesuai ngn level kita...ingat yea
  • isi form kat meja register
  • isi form nak buat placemant test
untuk placement test nie rm100...wajib!hehe



insyaAllah aku akan update pula untuk melihat sejauhmana keberkesanan BC nie dalam membantu penguasaan aku dalam BI(mcm tajuk tesis plak)..doakan aku ya teman!
permudahkan ya ALLAH..sesungguhnya padaMu tempat aku mengadu dan meminta pertolongan=_=

Tuesday, November 19, 2013

+sembang kosong+19/11/2013

ehem..ehem..assalamualaikum..macam malu plak aku nak menaip entry kat blog..memang dah lamaaa sangat aku tak menaip.bukan apa,kerja yang banyak dan esaiment yang tak habis-habis menyebabkan aku tak de masa nak menjengah kat blog ni...sekarang cuti sekolah dah bermula kan..so enjoy la skit..tapi belajar tak cuti la.sekarang alhamdulillah merupakan final sem(untuk subject)..sem depan hanya buat tesis saja..so sem ini aku ambk
  • supervision in education management
  • leadership in education management
  • research in education...
harap sangat sem ini aku dapat yang lebih baik daripada sem-sem seblumnya...bila aku tengok wishlist aku, memang terasa MALU derr..memang banyak wish aku tak penuhi..impian dan harapan tinggal kosong begitu saja..bila aku baca balik apa yang aku tulis..pappppp macam buah nangka jatuh..eh aku ke yang tulis nie..cam poyo jekk...sekarang hanya tingga satu lagi persentation dan 3 assigment besarrr..yang tu nanti2 la..tapi baik buat awal nanti last minute aku juga yang susah..sekarang tengan pikir tajuk apa yang sesuai untuk aku buat tesis sem depan nie..emm macam banyak je cite hal study..

hope Allah memberikan semangat dan idea2 yang banyak buat aku and the gang untuk kami menghadapi pelbagai lagi esaiment yang mendatang..semoga Allah memakbulkan doa aku untuk belajar lagi dan lagi..sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kepuasan yang tak boleh nak diungkapkan dengan kata2..walaupun berjuta2 halangan tapi kalau letakkan Allah dalam hidup kita,percaya la...DIA akan sentiasa membantu kita....
daaaaaaaaaaaaaaa..hanya ALLAH dihatiku...

Saturday, February 2, 2013

*rumah part 1*

ehem-ehem...testing 1,2,3..sambung hal semalam..waa xcited siap g tapak ari nie jam 2 ptg trus g cari pemaju rumah..area bandar tekno kajang..semangat nie..ya Allah hopefully ada lagila umah dannn jauh la daripada kubur cina...so,aku,hubby dan paksdara pun trus ke area bandar tekno..sampai kat sana ade la 1 family nak tengok umah juga...

sebelum kesana pksedara ada call developer tu diorang cakap ade dalam 10 unit lagi..tup-tup kami sampai je tinggal 4 unit je!!dah la umah hujung2...aisemen...tapi nasib bawa orang yang pakar,katanya pksedara rumah kami nie ada ong sebab apa,sebab tempat matahari naik.kira kalu jemur baju cepat kering..pastu petang ke tengahari ke teduhla..so pikir tengok design waaa moden u ollss..trus ting!!! set kita booking...

nak booking kena ade lam 3k la..fuh kus semangat..dahla bulan lepas beli kamera..rase nyesal plak..tapi xpela umah kami juga..pungpang pung pang maka akhirnya alhamdulillah terima kasih  ALLAH kerana dengan izinNYA kami dapat juga boking umah tu..

so settle 1 part,,maka nak isi borangla nk wat loan gov..kami combine la sebab xmampu nak guna 1 loan..kalu tunggu lagi naik gaji mungkin harga rumah pun naik la juga..so nak tak nak..kita ambik la yang nie..dekat je ngan sume kan..ah malas cite banyak layankan pic ya!








so ini la rumah contoh yang bakal kami duduki..insyaALLAH...







Friday, February 1, 2013

+pencarian rumah bermula+

after  3 years dok menyewa kat KL nie,tiba2 tahun ini hati meronta2 mencari rumah untuk dibeli..b4 tis aku  xterfikir langsung nak ade rumah kat KL sebab dalam kepala aku nie asyik nak balik kelantan nak mengajar kat sana..tapi hari demi hari aku pikir tak rugi beli umah kat sini..sebab rumah area kl nie berbaloi2.maka bermulala sesi pengembaraan aku..banyak sangat aku cari area semenyih,kajang ,buka mudah.com..tapi sayang rumah sekarang sungguh mahal..walhal area semenyih tu jauh dari pembangunan KL..pun mahal..sebenarnya husband tak suka dok sana dia kata jauh nak berulang ngan sekolah..sari dua hari mungkin boleh tahan tapi kalu bertahun xdapek tukar?ngan duit minyak lagi..so aku pendamkan jela..masa tu aku tengok yang dekat pelangi 2 keluasan dalam 20X70 je.kecik sangat.range harga lam 338k..pastu skrg nie dah makin naikkkkkkk..oh my GOD knpla rumah sekarang nie makin hari makin mahal..kesian bagi kami nie yang sederhana je..

aku hairan la kenapa rumah sekarang mahal-mahal..kenapala kerajaan tak sekat dengan kenaikan umah secara mendadak nie..sedih makk!apa-apa pun aku kena juga beli..kami decide nak combine loan..loan aku n husband..sebab aku nak umah yang atas tanah..kalu umah atas udara tu mungkin dah lama aku beli tapi tak nak sebab nanti ma,mertua n nenek aku nak datang mesti diorang mabuk naik lift..biasala orang tua..nak tak nak kena ambk umh landed nie..hehe

next places ialah area hulu langat.sebenarnya nie bapa saudara husband yang gtau ade umah sane nak naik..so husband balik tu terus gtau aku.masa tu aku tak pikir nak dok situ sebab apa?sebab kes kejadian tanah runtuh anak yatim.(walhal jauh tu)tapi sebab nama hulu langat kan.plus cikgu sekolah pun cakap situ area banjir..emm husband berkali-kali gtau pegi tngok dulu rumah tu,..
maka hari ini 1/2/2012(jumaat)aku n husband pun ketapak rumah tersebut..dah bina pun akan siap pada 2015..waaaa berkenan sangat sebab apa??dekat dengan MASJID!!!!sukaaaaaaaaaaaaaaaa..sebab ma aku nie dia cakap nak cari rumah biala dekat kawasan masjid kan..alhamdulillah..pksedara  call developer umah tu katanya ade 10 unit lagi..harap-harapla ade lagi untuk kami nie..insyaALLAH mudah-mudahan ya ALLAH..

cumanya yang i tak berkenan sebab dekat ngn jerat cina a.k.a kubur cina..hopefully umah kami tu jauh la skit kan...emmm...ala kita pun akan mati kan so xpyh takut sangat(pujuk hati)...n yang bessss dekat ngn ampang..if lalu jalan bukit ampang tu..ke sekolah pun dekat...yahuuuuuuuuuu

desa saujana langat

Sunday, January 27, 2013

bertapa beruntungnya kita(ya HANANA)

salam maulidur Rasul Salalahualaihi wasallam..selawat keatas nabi muhammad salalahualaihiwasalam..sedang mendengar ceramah al HAbib Zainal Abidin..


sungguh!hati ini tersentuh dengan cara penyampaian kisah kehidupan Rasulullah S.A.W..seorang yang sangat sederhana,penyayang,tenang..ya Allah bilakah diri ini dapat berjumpa dengan kekasihMU...
ya Rasul kami amat merindui mu,walau tidak pernah ku tatap wajahmu namun hati ini selalu rindu saat dibacakan kisahmu..rindu melihat wajahmu wajah kekasih yang menciptakan diriku...
aku amat mengagumi ketokohan mu..kaula insan yang sempurna yang Allah ciptakan dalam kalangan manusia..kau sentiasa merindui umatmu kala susah kala senang..saat kematian menghampirimu kau  masih lagi menyebut-nyebut nama umatmu..ummati...umaati..namun,jika kau melihat umatmu pasti dirimu akan rasa sedih..bertapa kami ini jahil!kami ini lupa padamu ya rasul S.A.W..

bertapa untungnya kami hidup dalam kalangan umatmu..tapi kami tidak bernah bersyukur dengan apa yang kami perolehi..kami leka dengan arus kehidupan yang penuh dengan keseronokan..halal,haram sudah jauh ketepi,bila mahsyar kami menagih syafaat mu....
ya Allah yang menciptakan jiwa dan roh,aku memohon pimpinla kami umat nabi Muhammad ke jalan yang benar ya rahman...tolong kami,bantu kami....


Sunday, January 20, 2013

menu diet suami=)


alhamdulillah masuk hari nie 22 hari dh suami on diet..hopefully die dapat bertahan selama setahun tak makan nasi!!kesian juga sbb siaz xxxxxl nie susah nk beli baju,nk beli seluar..terliur aku tengok baju smart tapi sayang saiz nya plak tak sesuai ngn hubby..biasa la kalu saiz yang besar mane ade baju yang smart kan..

IKAN MASAK RAPRIK(BKN PAPRIK TAU)
resepi daripada mak mertua


SUP SAYUR CAMPUR FISHBALL+FISHCAKE
+TELUR..
terfikir-fikir lagi apala menu untuk suami..asyik sup sayur jeeee

Wednesday, January 16, 2013

i need a rest

kesihatan perlu diutamakan,kerja is kerja but kalau sakit keje tak boleh go on..tiba-tiba suami ajak pegi holiday on 26/1 nanti..kan cuti sampai isnin..tapi tak taula mane tempat best.nak balik kampung macam tak sempat aja..so decide pegi dekat-dekat jela..mungkin PD,melaka atau pegi jejalan makan ikan bakar kat banting...ikutkan hati nak ke melaka sebab asam pedas melaka sangat terbaik,tapi suami macam tak mau pula..ermm mana ek?tiba-tiba hati ini rindu sangat melancong kat penang,sambil makan sotong kankung..oh bestnya,,aku rasa penang is the best place untuk bercuti+makan-makan..dengan suasana yang dikelilingi laut..rindunyaaaaaaaaa...

akhirnya xjumpa pic kat penang ambk pic masa mkn kat dungun ritu
semakin hari semakiin pelik dengan situasi pendidikan kita sekarang..ermm..i need a rest..

Sunday, January 13, 2013

+azam tahun baru+

ehem-ehem..orang lain dah lammmaaa buat azam baru,aku baru terhegeh2 nk cipta azam aku..tapi walau tak ditulis azam tu nampaknya sudah menjadi(setakat inila)..saja je sebagai kenangan blh aku tengok balik bila dah ujung bulan 12 nanti..antara azam aku tahun nie insyaALLAH:

  • menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa..ok sebenarnya kita perlu letakkan ia dibahagian atas supaya kita tahu apa tujuan Allah ciptakan kita..
  • menjadi isteri solehah
  • rajin masak dirumah
  • menjadi guru yang penyayang kepada pelajar tak kira apa kelas pun(jgn bias)
  • lebih fokus kepada kerjaya.tak nak anta keje last minute
  • paling penting belajar bersungguh-sungguh supaya dapat habiskan belajar ini.
  • siapkan proposal awal bagi dekat SV
  • siapkan soalan kepada pelajar
  • siapkan kertas kerja awal
  • beli rumah(insyALLAH)
  • simpan duit tak boleh boros
  • preparation untuk sambung belajar luar negara(jangan berhenti untuk berlari)
  • survey uni luar negara
emmm banyak lagi tapi itu jela yang terlintas setakat ini..ya ALLAH bantula hambamu ini..tiada daya upaya melainkan mu..la haula wala quwata illa billa hil ali yil azimmmm...

my spaggeti with love
pic tak ada kaitan dengan tajuk..tiba2 lapa spaggeti bolognes ini..huwaaa

Tuesday, January 8, 2013

pisang Cheese

assalamualaikummm...alhamdulillah dengan izin Allah tamat sudah sem 2 untuk sesi 2011/2012..maka sudah setahun aku belajar kat UM nie..insyaALLAH bln 2 nanti sambung utk sem 3 n last sem 4..rasa gembira sangat sebab exam sudah habis,no stress2,assigment or whtevers..hehe..smlm exam stat kul 3 ptg dan berakhir jam 6 ptg..tapii our lecturer soh stay kejap ade amanat die nk sampaikan..apa2 pun thanks ALLAH bagi ilham dan idea untuk aku jawab soalan2 yg diberikan..ku berdoa agar bila waktu lecturer nk tanda jawapan diorag akan rasa tenang je ngn skrip jwpan ku..

tibe-tiba rasa craving nak makan pisang goreng cheese nie..mkn kt sabah tempohari..sedap sangat

pisang Cheese  terbaik
percutian yang singkat tapi enjoy..dah hbis xam nie pikir plak ke mana nk g holiday..xsabar tunggu gaji..hehe

Sunday, January 6, 2013

assalamualaikum..ni hau maa

dah masuk tahun 2013 dah kita..alhamdulillah msh lagi dpt bernafas..semalam dalam moodxam  statistik..hari nie dh boleh tarik nafas lega skit..ada lagi 1 paper kreativiti..pastu blhla pegi melencong sekejap..hehe lama sangat tak buka blog hinggakan dah lupa apa pasword dan website sndiri..apa nie yuyee..oh mgkin faktor2 kelanjutan usia..
kita dah hepi sbb nanti kita dah leh letak byk2 pic..sbb apa??kita dapat benda nie..silap kita beli bnda nie...yeahhh
galaxy smart camera NX1000..
suka sangat sbb dah lama xada kamera..bru nie pg mid V salesman tu guna minyak senyoyoh kot smpai trus terbeli..ingat nk ambk DSLR pastu kemera tu besar n berat nanti xlarat nk dukung anak lagi..so sbb die smart tekan je butang trus klikkkk then dpt edit serta merta ...so far stkt nie xmncuba lagi ambk pic sbb tungg lens sampai..oh ritu msa beli be4 end of december dapat hadiah lens free..kalu beli rega dia lam rm 900..eee xsabar xsabar xsabaRRRRRRRR...

Friday, October 19, 2012

decoration...my weeding's room=)

inilah bilik kahweeeen saya..deco sendiri je..rindu setahun yang lalu..hahah
bagi nama flora de amor..yo te amor=)
seketui teddy bear sebagai simbol bertapa pemiliknya seorang yang perasan kiut..hahah

ganbate!

ehem!memalukan..sebab dah lama tidak menjengah ke blog sndiri..sehinggakan boleh terlupa mana button log in..haha..skrg dah jam 2.20 pagi,masih lagi tidak tido sebab tengah menyiapkan esaiment..fuhh berkorban apa sahaja demi cita-cita..setiap orang mesti ada cita-cita,dengan itu kita akan sentiasa bersemngat sebab nk kejar cita tersebut..insyaAllah

rabbi yasir wala tuassir..ya Allah permudahkan..inila masalah bila buat keje last minute..tapi tula sebab komitmen dengan mengajar akhir-akhir sekolah lagi banyak kerja dan bebanan guru..what to do..redha jela..apa-apa pun semoga Allah memberikan kekuatan pada diri ini untuk sentiasa bersemangat...!